Friday, April 21, 2017

Hidayah itu adalah milik Allah 23/3/2016 aku berhijrah





Hari ini aku nak cerita mcm mana aku berhijrah. Disebabkan ramai yang tanya mcmna aku istiqah aku berhijrah apa semua. First sekali aku memang nak berhijrah lama dah dari umur 18, time tu aku masih lagi terikut2 dengan orang . Aku berhijrah dulu dengan opakai stokin. Ambik masa yang agak lama jugak dua tahun aku istiqamah pakai stokin,. Pastu aku cuba labuh kan pakaian aku, dlu aku pakai tudung singkat tapi pakaian aku still mcm ketat sikit. lepas dah try istiqamah pakai tudung labuh tu aku mcm endah endah je bab aurat sb ikot trend kan. Aku pulak jenis suka bergaya, nak nampak cantik ja sentiasa, tukar seluar jeans warna warni bagai hahaha. Apelahh. Time aku bru nak hijrah tu aku xhijrah betul2 pon, main2 gak sb terikut dgn trend skrg kengkwn lagi, byk dugaan la. Biasalah manusia kan best dgar org puji cantik la, style la apa la.hmm dunia2.
Pastu, aku still xleh lgi nak ubah kan pakaian aku yg pakai agak kurang sopan. Lama la juga ambik masa nak hijrah. Tapi aku bab solat aku jaga, kalau tertinggal xsengaja aku qada balik. Cuma bab aurat je agak problem skit sb ikot nafsu nak cantik sedia,tapi aku try jugak bermula hijrah dengan pakai jubah. kengkawan aku ada yang gelakkn aku , xkn nk g tmpt ni pon nak pakai jubah pastu dorang gelakkan aku. yk sgt dugaan time tu wuaa..
Pastu suatu hari, aku ada mimpi yang sgt menakutkan, aku xtahu nk ckp aku rasa mcm takot sgt, Tah nak ckp, Allah saja tau perasaan aku time tu, sampai aku bangun tido aku nagis. Lama aku nagis. Sejak tula aku mula hijrah betul2. Aku tekad berubah aku,aku nagis cari hidayh dan taufiq. Aku trus buang semua pakaian aku seluar jeans smua, n baju2 aku semua yg xperlu. Lepasttu aku start pakai niqab hati aku tenang sgt2 bila aku pakai niqab, Allah saja tau rsa mcmna bila berniqab, hati rsa tenang, dpt didik diri drpd buat bnda xelok, dapat didik hati dan banyaklaa. sebelum aku pkai, aku dah selidik smua pasal ni, Masa aku mula berhijrah, banyak kepahitan ku lalui. Masa tu aku buntu aku tidak tahu kemana harus pergi, terlalu byk dosa2 ku. Adakah Allah meredhai hidupku,Aku masih tercari2 hidayah dariNya. Sebelum aku mula berhijrah tiba2 dtg seorg hamba Allah mngajak aku ke masjid untuk baca quran bersama2, masa membaca Alquran aku xthu tu surah apa hanya sekadar menbaca. Then aku xthu kenapa tiba2 aku nak baca terjemahan ayat tu dalam stu ayat tu 'hidayah itu adalah milik Allah. Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya walaupun mereka dalam kesesatan yang nyata'. Surah Azzumar ayat 22. Dalam ayat tu semua menceritakan pasal hidayah. Aku mula mengis teresak2 mengenangkan dosa aku yg lalu. Banyaknya dosa aku xterhitung banyaknya. Hebatnya kuasa Allah tu kalau dia mahu bgi hidayah dgn sekelip mata kita akan berubah. Dulu aku xpercaya aku dpt brubah. Dulu aku selalu ckp bwa mgucap byk2la nak pakai mcmni mcmtu apa smua. Malu la nty org ckp aku skema la, selekeh la apa la.Sebenarnya kita xprlu malu pon untuk berhijrah sb benda baik kenapa mesti malu, klau kita betul2 ikhlas nak berhijrah insyaAllah kita akan rela hati buat semua ni.Skrg Alhamdulillah dah ckup setahun aku hijrah dan istiqamah. Jujur aku ckp best sgt2 dan indah sgt2 hijrah ni. Allah saja yg tahu mcm mna seronoknya berhijrah. 



Jadi korang yg mana nak berhijrah hijrahla slow2, insyaAllah apabila kita ikhlas dgn rela hati kita akan berubah tanpa paksaan. jgn paksa diri terus berubah secara mendadak takot xistiqamah, biarlah sedikit demi sedikit kebaikan dilakukan dgn istiqamah. mcm aira dlu berubah slow2 bermula berubah ambil masa agak lama dkt 3 thun. bermula dari pakai stokin dan step seterusnya. Ssgguhnya Istiqamah itu adalah lebih baik drpd seribu kebaikan. Jadi jgn malu untuk brhijrah usah hiraukan apa org nak ckp bruk tentg kamu. Jom korang hijrah serius mmg best, kita dpt dekat diri dgn org yg baik2.Kalau kita berubah krna Allah, Allah akn mghantar org yg baik untuk bersama kita.


Sekadar perkongsian yg baik dri Allah yg buruk dri sy sendiri. Mohon maaf andai kata ad salah slap. Moga kita sama2 sntiasa diberi hidayah dan taufiq kpd kita semua. amin

No comments:

:: ♥Aira Munieyra blogger♥

::thanks korang singgah blog yang tak seberapa ni♥

 

Nothing Special about me. Design By: SkinCorner