Monday, November 4, 2019

Akhirnya saya sah jadi isteri dia!


Alhamdulillah pada 31 Ogos 2019, 
saya sah jadi isteri dia setelah 5 thun berkenalan. Pejam celik sekejap je masa berlalu.





Korang doakn ya moga kitorg bahagia hingga ke jannah dan dapat zuriat yang baik soleh dan solehah.:)

Sunday, March 24, 2019

Allah lebih sayangkan kamu :')


Hai korang.. Harini Aira ada berita yang amat sedih..
Dalam masa yang sama Aira ada juga gembira.
hmmm..

Aira ada seorang sahabat namanya "ANIS AWATEEF". Sahabat dari kecil sejak umur 5 tahun.
Pergi sekolah sama2, makan sama2, susah sama2...Pastu masa umur 12 tahun (darjah 6),
kitorang berpisah sebab dapat sekolah lain, padahal kitorg minta skolah sama. Tapi tulah xde rezeki.
So sejak umur 12 tahun kitorg berpisah. Tapi kitorg still jumpa dan kongsi masalah sama2 walaupun sekolah lain2 sebab kitoprang tinggal satu taman so senang nak jumpa.

Pastu masa umur 17 tahun, kitorg berpisah..
Selepas spm kita dah jrg sgt kontek sbb Aira dapat sambung medic dekat Kuantan.
Dan dia pula dapat sambung dekat kelantan. So mmg jarang sgt2 la nak kontek. Bila dah bertahun jarang balik, dia tukar nombor dan aira pun tukar nombor gak.hmm..

Pastu time cuti sem mesti aira balik rumah..Pastu kitorg pun jumpa lah. kitorg pergi kuliah sama2, mengaji pondok sama2. Pastu lps cuti sem tu, kitorg dah balik tempat masing, lps dari tu terus ktorang lost contact lagi. Setiap kali nak jumpa je mesti ada halangan.. 

Sampaila aira dah habis beljar selama 4 tahun baru Aira dapat jumpa dia. 
Tetiba masa Aira balik rumah, aira cari nombor dia kat jiran2 aira. Pastu bila aira contact dia tgk2 rupanya dia tengah sakit.. Dia ada leukimia. Patut aira pelik sgt kenapa dia menyepi. Rupa2, rupanya dia tengah sakit tapi dia xnak aira risau keadaan dia.

Lepas tau je dia sakit, Aira asyik menangis je. Aira call dia cakap nak jmpa dia, tpi dia kat hospital.
Selagi Aira xdapat jumpa dia aira ngis je ...
Pastu keesokan harinya, aira pun pegi melawat dia kat hospital dia boleh lagi senyum dekat aira. 
aira tengok je muka dia terus aira nagis. Aira mmg xtahan sgt2. Aira mmg syg dia sgt3.
Dia mmg seorang yang kuat dan tabah, dia xpernah merungut kata sakit, stiap kali buat kimo dia akan okay saja.
Dia cakap xsakit pun. :') Allahu.. Dia redha apa yang Allah bagi. Susah sangat nak jumpa org yang betul2 redha dengan penyakit yang Allah bagi tanpa merungut..

Aira tak pernah jumpa sahabat sebaik dia. Baik dari segi akhlak, budi pekerti, dan selama Aira kenal dia sejak umur 5 tahun dia tak pernah taingal solat dan everything lahh.  Dan satu lagi dia ni seorang yang sangat penyabar, orang buat mcm2 kat dia pun, dia xmarah pun, dia diam je.
Dan satu lagi akhlak dia yang paling Aira suka, dia tak pernah mengumpat orang apatah lagi menyakiti hati orang. Allahu sangat baik dan solehah orangnya.
Aira rasa sangat bertuah dapat kenal dan jadi sahabat dia..

Okay kita sambung part tadi balik..lepas tu,pada tahun 2017 di nikah hujung tahun dengan orang kedah juga. 
Suami dia tu baik sangat orangnya. Sebelum dorang nak nikah suami dia tahu je dia tu leukimia, tapi suami dia tetap nak nikah dengan dia sebab suami dia nak jaga dia tak kisah apa risiko.
Allahu.. baik sgt2 suami dia, sesuai sgt dengan dia. Mereka sama2 soleh dan baik. 

Selepas kawan Aira dah kahwin memang Aira lega sengat sebab ada orang jaga dia. Tapi aaira kesian dia, dia tetap buat kimo dah setahun. lepas tu tiba2 bulan 12 2018, darah dia dah okay. So dia dah stop buat kimo..Alhamdulillah. Time tu aira lega dan hapy sgt2.

Pastu tiba2, msa  19 februari 2019 hari selasa malam dia nazak. Dia masuk hospital. Keadaan dia masa tu teruk sangat2.  Pastu hari rabu baru comfirmkan kaeadaan dia dah teruk sangat2.
Masa tu Aira pula dekat KL. Aira mmg nak balik sangat2, tapi ada halangan. Jadi aira xdapat balik..

Pastu hari khamis tu tiba2, dapat mesej, "
Assalamualaikum
‎اِنَّالِلَّهِ وَاِنَّآإِلَيْهِ رَٰجِعُوْنَ
kpd sahabatku Anis Awateef Binti Mohd Zulkefli anak kepada (Ustaz Zulkefli Mat Isa) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11:50 malam ini (21/2/2019) malam Jumaat di Hospital Pulau Pinang. Insya Allah jenazah akan dibawa balik ke Taman Perumahan Perwaja (rumah Ustaz Zulkefli) dan solat Jenazah di Masjid Lanai, Baling. Al fatihah. Doakn dia ditempatkn dlm kalangan org beriman
Allahu. Menangis aira... Masa tu Aira rasa menyesal sanagt2 sebab tak balik tengok dia masa tgh nazak.
Aira asyik salahkan diri Aira je. Setiap hari Aira nagis n asyik salahkan diri sendiri.
Pastu Aira call mak aira, mak aira yang tenangkan Aira. Alhamdulillah Aira dah redha dengan pemergian dia. Malah Aira happy sanagt sebab di meninggal pada malam jumaat, terlepas dari seksa kubur.
Masa kematian arwah, muka dia bersih dan bercahaya, lepastu dia badan berpeluh. 
Dan terlalu ramai yang solatkan jenazah, orang yang tak kenal pun datang solat jenazah.
Subhanallah.. Aira happy sangat tengaok peninggalannya dalam keadaan yang sangat baik. Peninggalan orang soleh..Ibu bapa dan suaminya redha terhadap dirinya. MasyaAllah .. InsyaAllah syurga buatmu sahabatku.

Moga kita berjumpa disana nanti. Aku disini akan terus berjuang untuk mendapat tempat terindah disana.
Maafkan aku kerana kita tak dapat bersua. Jika aku masuk ke neraka tolong tarik aku masuk ke syurga bersamamu. 

LOVEYOUANIS

YaAllah Lamanya tak pos ! dah masuk tahun 2019


Hai korang ! Lama sgt aira tak update blog ni, maklumlah Terlupa password blogger nie huhu
alhamdulillah ingat balik password. ehehe

First sekali, Aira nak ucap selamat tahun baru untuk semua walaupun dah lama masuk tahun 2019 hehe..
Moga tahun 2019 ni lebih baik dari tahun sebelumnya.. Moga tahun ni lebih bertambah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Yang sudah lepas usah dikenang kembali, perbaiki jadi lebih baik.

Apa azam baru korang tahun ni eh?
Mesti ada yang rancang nak kahwin tahun ni kan, ada yang nak cantikkan kulit, ada yang nak berhijrah dan mcm2 lah.

Mcm Aira pulak, tahun insyaAllah kalau ada rezeki nak nikah tahun ni. 
Korang doakan ehh hehe..insyaAllah amin. 
Lepas tu, nak perbaiki lebih baik. InsyaAllah sama2 kita perbaiki apa yang kurang.

Sekrang dan masuk bulan mac, baru ni 14hb birthday Aira. heheh. Ramai betul yang wish siap buatkan kek lagi. hehe 
thanks so much yang ucap dan doakn aira moga sihat dan dimurahkan rezeki. Moga doa itu juga berbalik kpd kalian. Aminyarabb. Terima kasih yang sudi jadi kawan dan sahabat Aira. 
hehe itu sahaja untuk pos harini hehe. bye

:: ♥Aira Munieyra blogger♥

::thanks korang singgah blog yang tak seberapa ni♥

 

Nothing Special about me. Design By: SkinCorner