Alhamdulillah, syukur yaAllah atas anugerah dan kurniaan seorang anak lelaki yang diberi nama oleh Habib Umar ben Hafidz iaitu Muhammad Ali Alfaqih bin Muhammad Hariz. Penyejuk hati mama dan abie. Semoga dengan kelahiran seorang putera kami semakin kukuh rumahtangga yang telah dibina selama ini dan semakin bertambah kasih sayang antara kita sampai ke jannah❤️
Semoga anak mama dan abie jadi anak yang soleh, beriman, bertaqwa dan pendakwah yang hebat yang mewarisi Nabi Muhammad SAW.
Nie muka fresh Ali baru keluar dari perut. 2 hari tak dapat jumpa Ali sebab masa ni Aira lemah sangat msa baru lps branak sampai tak boleh bangun.
Sebelum beranak, Aira rasa contraction 10jam dari pukul 4ptg sampai pkul 2pagi. setial 5,6minit rasa contractuon. 10 jam wehh doctor tak bagi aku beranak sebab tak buka jalan lpstu dia sruh Aira balik. 2 kali kami ulang alik ke hospital sebab doc suruh balik selagi tak buka jalan. Kali ke 3 pergi ke hospital husband Aira marah doc cakap "isteri saya ni dah lama sakit contraction saya tak tahu dia nak beranak ke tak sb contraction ni dtg stiap 5minit. kalau jadi apa2 dkt isteri dgn anak saya, saya saman doc". Mmg dia marah sgt2 dan family aira pun marah sgt dengan doc tu.
Lps kena marah tu baru la doc sruh masuk wad. Sebelum masuk wad tu jantung baby dah 3 kli lemah tau aku mmg geram jugala dgn doc ni sb dia still sruh aku balik wlupun xbuka jalan. Aku ni sakit mcm dah nk beranak. Lpstu aku xtahan sgt aku minta doc pecah air ketuban. Bila doc pecahkan air ketuban tu jadi warna hijau sebab baby dah berak dlm tu. Alhamdulillah anak aku xjdi pape, kalau jadi pape mmg aku saman doc tu. Lpstu doc trus masukkan aku dkt labour room still xbuka juga tetap 3cm. Walaupun xbuka jalan dorang still nak aku beranak normal. Time tgh nak beranak tu aku dgar doc ckp "Puan cepat puan push sebab baby dah lemas, aku pun terus push dri 3cm to 10cm. dia punya sakit Allah je tahu. Lepas branak terus doc letak baby kat atas perut. Baby langsung tak nangis, aku risau sgt takut jadi pape kat baby.Rupa2nya doc kata baby dah lemah sgt2 sampai xdengar dia menangis.
Lepas doc dah bersihkan baby. Husband aku dtg tgk baby alhamdulillah okay selamat dan sempurna. Syukur sgt2. time tu happy sgt sb ali selamat terus rasa hilang sakit